Linda Nordin

"Usahlah di renungkan mentari terbenam,ia akan menyakitkan mata, renunglah cahaya bulan,walaupun suram,ia lebih indah & bermakna"

REBUTLAH......


Surah Al-Kausar






Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan diMakkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuatdaripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripadasusu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammads.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orangyang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya AbuTalib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allahs.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allahs.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalahtetapi dizalimi.





Our Friendship 2



Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?



Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut" :


*Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungikamu;
*Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
*Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
*Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
*Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
*Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
*Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
*Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
*Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
*Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
*Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
*Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
*Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
*Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


"Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita".



Our Friendship



SAHABAT SEJATI

Usahlah benarkan pertikaian sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.

Teman boleh mendengarkan apa yang kita katakan tapi Sahabat sejati bisa mendengarkan apa yang tidak kita katakan. Sahabat dapat mendengarkan kata hati yang tidak keluar dari mulut kita.... itulah dia sahabat..... SAHABAT ADALAH TANGAN TUHAN UNTUK MENJAGA KITA

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

Persahabatan itu seperti tangan dan mata saat tangan t’luka, mata menangis, saat mata menangis tangan akan menghapusnya... dan p’sahabatan yang sentiasa abadi adlah p’sahabatan yg dibingkai dgn indahnya ukuwah islam..

Sahabat keindahan dunia dapat dilihat dengan mata,
indahnya hati tak semua orang dapat merasa
indahnya cinta tak semanis namanya
tapi indahnya persahabatan tak ternilai harganya.











Ku Pohon PadaMU




Tandusnya Imanku Setandus Bumimu.....



KU SIMPUHKAN DUDUK , MATA MULA MENYAPA DAN HATI BERKATA...

" YA ALLAH , YA TUHANKU, TERLALU BANYAK RASANYA YG HENDAK AKU POHON DAN TERLALU BANYAK HENDAK AKU SEBUT,

"SEDANG KAN YG ENGKAU TELAH ENGKAU BERI TANPAKU PINTA SUDAH TERLALU BANYAK,

" TAPI , AKU HAMBA...YG AMAT LEMAH ,KERDIL LG DHAIF TIADA DAYA DAN KEKUATAN....MELAINKAN DGN PERTOLONGAN MU....

" KERANA ITU IZINKAN AKU UNTUK MEMINTA LAGI.....

" YA ALLAH , REZEKIKANLAH PADAKU HATI SEORG HAMBA YANG REDHA DGN KETENTUANMU.....

" YG SABAR MGHADAPI UJIANMU...., YG TAHU MENSYUKURI NIKMATMU... YANG MERASA HINA DIRI DIHADAPAN MU...., YANG MENCINTAI SYURGAMU... YANG INGIN MILIKI IMAN YG SEBENAR...

SEHINGGA TIDAK AKU MERASA CUKUP KECUALI DGNMU..... CAIRLAH SEGALA MAZMUMAH... YG MERAJAI HATIKU..."

DAN BUMI YANG TANDUS INI BERBISIK..KPDKU... "KONTANGNYA AMALANMU..SEPERTI AKU... BUMI YG KONTANG. "IMANMU TANDUS SEPERTI TANAHKU... " KERINGNYA KEBAJIKAN YG KAU BUAT"..... HINGGAKAN SEDIKIT POHON POHON PAHALA YANG TUMBUH.......PADA DIRIMU....


" AKU...MENAHAN SEBAK LALU MERINTIH....YA ALLAH ...

TERLALU SEDIKIT AMALANKU... HINGGAKAN TIADA SIAPA YG NAMPAK.... SEDIKITNYA BEKALAN KU... UNTUK KEHIDUPAN YANG PANJANG DAN YANG TERLALU PANJANG.....



RENUNGAN BERSAMA




Kawan di akhir zaman....




Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.
Yang benar-benar sibuk Dengan urusan baiki diri nya.
Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia.
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu manfaat,
Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan memahami ilmu manfaat.
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang menjela.
Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.
Ahli professional yang bertaqwaYang benar-benar meletakkan Islam di jiwa.
Mengunakan professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana.
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka.
Yang hidupnya lebih berat dari berat
Ibadah dan amal terasa amat berat.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan.
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar.
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada.
Bersahabat untuk mendapat laba.

Kawan di akhir zaman ini
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri.
Yang menghidupkan ilmu yang ada.
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka.
Yang ada hanyalah yang suka berbincang dosa-dosa orang lain.
Yang menghidupkan sunnah barat.
Yang melupakan kehidupan akhirat.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan.
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan.
Yang ada hanya yang menjadikan komplek tempat membuang umur.
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui.
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan.
Menjadikan nasyid nyanyian harian.
Menjadikan selawat ucapan kelaziman.
Yang ada hanya artis di jadikan bahan pujaan.
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan.
Dianggap moden dan berketrampilan.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir.
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail.
Menangis cemas mengenangkan saat kematian.
Merintih sayu mengenangkan persediaan.
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan.
Mengumpul dunia kerja seharian.
Seolah kematian itu sangat jauh.
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh....


Sabda rasul;"Bersahabatlah dengan orang yang baik akhlaknya
kerana kamu akan dikenali melaluinya.."









SPECIAL FOR U 2



KaWaN BaiK

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya
untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya
untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa
sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya
untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan
dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik,
kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan
dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat
di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik
kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai
kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik
kepada kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik
kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik,
kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...
kepada kawan baik kita.



SPECIAL FOR U














Lagi Usaha Kita


QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين
.

Erti :Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Usaha Kita



Tlg sebarkan, agar Israel hancur. Forward keseluruh umat Islam..Disana saudara seagama telah dikepong dan tunggu masa untuk disembelih.Keadaan amat dahsyat. Itu saja jihad kita...minta-minta tlg sgt sahabat2 dan kekwn sebarkan kesemua saudara mara kita...

Surah Al Fil:




9sikap wanita yg disukai lelaki

  1. Keibuan Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
  2. Keanak-anakkan Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
  3. Penuh Pengertian Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
  4. Menghargai Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
  5. Menjaga Penampilan Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?
  6. Pandai berbicara Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran terbuka
  7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
  8. Menghormati Diri Sendiri Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati
  9. Simpati dan prihatin Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Hidayah Allah S.W.T

Kata Al Hidayah di dalam Al Quran mempunyai dua pengertian :

QS Fushshilat:17 :

“Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”.

QS Al Qashash : 56 :

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki- Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.”

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Dipetik dari nurjeehan.hadithuna

Sahabat


' Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

FOLLOWERS