Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut" :
*Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungikamu;
*Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
*Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
*Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
*Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
*Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
*Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
*Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
*Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
*Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
*Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
*Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
*Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
*Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
"Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita".

0 Care Me;D:
Post a Comment