Linda Nordin

"Usahlah di renungkan mentari terbenam,ia akan menyakitkan mata, renunglah cahaya bulan,walaupun suram,ia lebih indah & bermakna"

Pages

Salam Maulidur Rasul 1430H/2009




Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW.Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.Semoga kita semua menjadi contoh umat terbaik di dunia ini dan sentiasa mengikut segala apa yg diajar oleh rasulullah sebagai panduan kita dalam apa jua bidang yg diceburi...Salam Maulidur Rasul.“WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH”





Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.


"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya)..." (Surah al-Taubah: 24)

0 Care Me;D:

FOLLOWERS