Linda Nordin

"Usahlah di renungkan mentari terbenam,ia akan menyakitkan mata, renunglah cahaya bulan,walaupun suram,ia lebih indah & bermakna"

Pages

Switch OFF 1 hOuR


Padam lampu satu jam pada 28 Mac


PUTRAJAYA 13 Mac - Seluruh lampu premis kediaman dan bangunan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dipadamkan selama satu jam bermula pukul 8.30 malam pada 28 Mac ini.
Ia sebagai langkah simbolik program Earth Hour yang turut disertai oleh 1,234 buah bandar dengan sasaran penglibatan satu bilion penduduk dalam usaha menyokong kempen mengurangkan kesan perubahan iklim di peringkat global.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, program di bawah inisiatif Tabung Alam Sedunia (WWF) itu diadakan bagi menunjukkan kesepakatan dunia dalam menangani isu perubahan iklim global.
''Program ini diharap dapat memberikan gambaran kepada dunia bahawa rakyat Malaysia mengambil berat tentang bumi walaupun dengan cara yang mudah.
''Penyertaan Malaysia akan menunjukkan keprihatinan dan kesepakatan terhadap penghantaran mesej yang jelas bahawa dasar serta peraturan perlu digubal dan dilaksanakan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Program tersebut telah dimulakan di Sydney, Australia pada 31 Mac 2007 apabila seramai 2.2 juta orang penduduk dan 2,100 premis perniagaan memadamkan lampu selama satu jam.
Tahun lalu, lebih 370 bandar di 35 buah negara di seluruh dunia menyertai program tersebut yang melibatkan lebih 50 juta penduduk.
Struktur ikon yang mengambil bahagian adalah termasuk Empire State Building di New York, Coliseum di Rom dan City Hall, London manakala di Asia membabitkan bandar raya Bangkok dan Kuil Buddha Wat Arun.
Menurut Ahmad Phesal, bagi memastikan produktiviti dan keselamatan negara tidak terjejas, hanya lampu yang tidak penting bagi bangunan dan premis akan dipadamkan sehingga pukul 9.30 malam.
''Lampu jalan akan dinyalakan kerana ia melibatkan aspek keselamatan para pengguna jalan raya," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap, penduduk di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan itu dapat menyertai program tersebut dengan memadamkan lampu kediaman dan premis mereka selama satu jam pada malam berkenaan.
''Penyertaan Wilayah Persekutuan pada tahun ini diharap akan menjadi pencetus kepada penyertaan bandar-bandar lain di Malaysia pada tahun-tahun akan datang," katanya.

( pls click the above, side or below switch banner to join this Earth Hour )


...Bagaikan pelita kehabisan minyak
buat menyalakan sumbu keceriaanku
Kau terus membisu
melupakan kewujudanku. ....

2 Care Me;D:

saya akan matikan lampu dan bergelap je. tapi, notebook xleh mati sebab nak memblog. hehe

 

waaa...mesti u ni blogger tegar juga ni...hihihihi xpe2 jnji ada gak yg tutup...^_^

 

FOLLOWERS