Linda Nordin

"Usahlah di renungkan mentari terbenam,ia akan menyakitkan mata, renunglah cahaya bulan,walaupun suram,ia lebih indah & bermakna"

Towing..



 Selepas solat zohor tadi, tengok phone ada 2 miss col. Rupanya adik col. Jadi kol la balik, sekali dia bagi tahu kereta dorang rosak dekat sg. perak. Aku pun tak pasti kerosakan apa. Dorang dalam perjalanan nak pergi Pahang nak hantar barang niaga. Nasib baik la dia pergi sekali dengan mak dan ayah, kalau mak dan ayah je pergi risau juga la aku. 

Jadi sekarang ni cuma nak tunggu pomen boleh baiki dan siapkan hari ni ke tidak . Kalau tak dapat siapkan hari ni aku terpaksa la pergi ke sana bagi kereta pada dorang untuk balik Kedah. Dan aku naik bas balik sini. Kalau nak ikut balik, minggu depan nak balik lagi. Tapi tu pun tak tau la kalau kena paksa balik nanti terpaksa la turutkan. Harap-harap semuanya dipermudahkan oleh-NYA. Aminnn


 

0 Care Me;D:

FOLLOWERS