Linda Nordin

"Usahlah di renungkan mentari terbenam,ia akan menyakitkan mata, renunglah cahaya bulan,walaupun suram,ia lebih indah & bermakna"

Pages

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha


 

Redang Island

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Percutian selama 4 hari 3 Malam ke Terengganu. Menaiki Bus dari KL Sentral ke LCCT pada 25/9/2012 bersama rakan. Penerbangan pada pukul 12.15 pm. Sampai disana kami menaiki teksi ke Dataran Shahbandar. Jadual ke Redang adalah pada 26-28 Sept 2012. Jadi kami check-in dulu di Hotel Alamanda.

 Memandangkan petang tu tak ada buat apa-apa, kami pun ambil keputusan untuk pergi ke Taman Tamadun Islam. Tapi nasib kami kurang baik kerana pada hari selasa TTI tutup.. Tak ada rezeki nampaknya. Jadi Petang tu kami lepak dekat Dataran Shahbandar dan pergi menjamu mata di Pasar Payang aje le.

DAY 1 ( Pulau Redang )

Naik ferry di Jetty Shahbandar pada pukul 9.00 pagi. Tiba disana kami dijemput oleh Staff Redang Lagoon. Terus Check-in kemudian tunggu untuk lunch. Lapar la naik ferry lelama. Pukul 4.00 petang kami dibawa snokeling. Malamnya kami hanya rehat diatas buaian yang disediakan di Redang Lagoon sambil menikmati angin malam.

DAY 2

Snokeling di Marin Park pada pukul 9.00 pagi. Balik dari snokeling, lunch kemudian siap-siap naik bukit berdekatan untuk sesi photografy. Kemudian snokeling kali terakhir pada pukul 4 petang. Balik dari snokeling kami terus bersnokeling berdekatan resort. Melepas gian. Tak tau bila lagi dapat snokeling lagi. Malamnya kami dibawa oleh "Nabil" ( sebab muka dia macam Nabil ) ke Laguna Resort untuk berhibur. Karoke la jangan fikir yang lain. Tapi nyanyi 1 lagu je kami balik tinggalkan dorang. Sebab nak pergi tangkap gambar di semua resort yang ada disitu. Sekali lagi menikmati malam-malam terakhir di redang sebelum berangkat esok pagi.

DAY 3

Bertolak dari redang pada pukul 7 pagi. Dengan perasaan sayu untuk meninggalkan redang. Kemudian ambil teksi ke Airport. Alhmdulillah selamat sampai di LCCT pada pukul 12.30 tghari. Ambil bus terus ke KL Sentral. Sampai rumah dalam pukul 3.30 petang. Terus zzzzzZZzZZZzzzzZ...

 
Sekian.


p/s : sekadar coretan dairi buat ingatan.

Salam AidilFitri 2012



Hellooo semuaaa... malam ini akan bertolak pulang ke kampung halaman untuk menyambut AidilFitri..Best dapat cuti selama seminggu.. Alhamdulillah... Selamat pulang ke kampung halaman semua. Berhati-hati walau dimana kita berada.






Single Happy?



Datang menjengah difikiran tetiba pulak. Tapi terpulang pada memasing punya kehendak la kan... Sesetengah orang dia lebih suka single sebab lebih bebas. Tak dak sapa nak kongkong. Tapi ada orang dia tak boleh duduk sorang-sorang, dia nak kena ada orang disisi dia. Ada orang yang bagi dia kata-kata semangat selalu...

"kau ingat kau tak ada aku tak boleh happy??" lalalala

Sedar atau Tidak??










Itu kerana kita menganggap dia sebagai sahabat atau rakan kita. Jadi tak salahkan. Do u agree??

Doa Pembuka 12 Pintu





Apa yang diCari....


Selamat Tahun baru kepada semua.....ini adalah kemunculan pertama aku bagi tahun 2011 ni...kejap ada, kejap tak da...mengalahkan biskut chipsmore je. bagi tahun 2010 banyak gak la impian aku yang tak tercapai sebab aku baru mula kerja ditempat baru so bnyak la yang aku nak settlekan. Lagi 4 hari genap la setahun aku bekerja kat KL ni.. tapi aku rasa cam xde apa2 yang dapat aku kecapi. Masih memerlukan azam yang kuat. insyaALLAH bakal meneruskan impian itu ditahun baru ini.

Apa yang dicari?? tajuk en3 aku hr ni.. tak de pepun yang aku cari sbnarnya dalam idup ni...yang penting apa yang datang aku lalui.. walau payah @ perit skli pun hidup mesti diteruskan... walaupun kekdg rasa jatuh...aku gagahi juga seterdaya mampu..yang penting smua itu mendapat keredhaan DIA..

FOLLOWERS