Linda Nordin

"Usahlah di renungkan mentari terbenam,ia akan menyakitkan mata, renunglah cahaya bulan,walaupun suram,ia lebih indah & bermakna"

Pages

Lirik Kehilangan - By Firman



Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

p/s : layan jap weh lagu nih.. :)

Terapi Mata (Eye therapy)



Selamat pagi semua! Hari minggu ni mai pagi-pagi ni kita segarkan mata sekejap dengan kehijauan dan kebiruan alam semesta. Syukur Alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan oleh-Nya menghirup udara-Nya...


Inline image 8









Inline image 12

Towing..



 Selepas solat zohor tadi, tengok phone ada 2 miss col. Rupanya adik col. Jadi kol la balik, sekali dia bagi tahu kereta dorang rosak dekat sg. perak. Aku pun tak pasti kerosakan apa. Dorang dalam perjalanan nak pergi Pahang nak hantar barang niaga. Nasib baik la dia pergi sekali dengan mak dan ayah, kalau mak dan ayah je pergi risau juga la aku. 

Jadi sekarang ni cuma nak tunggu pomen boleh baiki dan siapkan hari ni ke tidak . Kalau tak dapat siapkan hari ni aku terpaksa la pergi ke sana bagi kereta pada dorang untuk balik Kedah. Dan aku naik bas balik sini. Kalau nak ikut balik, minggu depan nak balik lagi. Tapi tu pun tak tau la kalau kena paksa balik nanti terpaksa la turutkan. Harap-harap semuanya dipermudahkan oleh-NYA. Aminnn


 

Salam Jumaat.. Jom Selawat!!



Salam Jumaat semua. Jumaat Pertama diawal tahun 1434H .. semoga menjadi permulaan yang baik buat kita semua. aminn

Istanbul Aku Datang!!

Tak tau nak buat pe pada cuti maal hijrah ni, aku dan roomate pergi lunch di IKEA. Semestinya chicken wing dan meatball yang menjadi menu utama. Kemudian balik tengok movie di Time Square ..  Cadangnya nak tengok cerita SKYFALL tapi tiket lambat la pulak, malas nak menunggu jadi kami pun rembat je la cerita yang ada masa tu. ISTANBUL AKU DATANG.... Layan juga la tengok cerita ni. Tak de la boring sangat sebab ada gak unsur-unsur lucu diselitkan , ditambah pulak dengan pelakon yang cumel LISA SURIHANI.

Salam Maal Hijrah 1434H/2012M



Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua Umat Islam diseluruh dunia! Semoga Tahun Baru ini dapat memberikan kita semua kesedaran dan keinsafan dalam menuju kehidupan yang abadi. 




Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredai Allah, di mana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai yang kita amalkan. Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

Happy Deepavali

 Selamat Menyembut Deepavali kepada semua Rakyat Malaysia!!! Kitakan 1 Malaysia..

FOLLOWERS