Linda Nordin

"Usahlah di renungkan mentari terbenam,ia akan menyakitkan mata, renunglah cahaya bulan,walaupun suram,ia lebih indah & bermakna"

Pages

Bowling at Summit BM


Pada 26/1/2009 aku bersma kwn2 aku intan, k.chaq, ana&adik g main bowling kat summit BM......masing2 nk mghilangkn ketensionan masing2...hehehe

Ni aK dGn K.ChQ....diA nI eksYen ja xmaIn puN.....jd Rtu cMot jA kAt Situ...hua..hua..hua;D jgN maReh ek wadEn....

IsH...IsH... tAn nI nK aBik gBar nk jgk diA sruH aK pgaNg bOla tu........Beqat kO tAu x TaN Oiiiii........bTway still cun 2 2 ek.....khik..khik

Mn2 pun still peace k....nO waR2......;P khik..khikk

nI si pNjg (aK *xla tggi mn pun* ) dGn si pNdek (aNa).....aWt la hG rnDh ngat Na....aK sruh hG gyuT kaT pkOk hG xmAu.....kciK2 kn ssah nk cRi bjU.....heheheh


alMak sume cNtrol aYu la plak.....nK anTr mJlh ka ape bdK2 ni....yg sEdiqnYe aK sorG ja mTa 4.......hua..hua..hua;D


MuTiaRa kAta.....tO aLL mY frenZ

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

"Janganlah kitamemandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidakmampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat".


"Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu"


"Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus. Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain. Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab. Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan. Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka. Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata".

"Usahlah di renungkan mentari terbenam,ia akan menyakitkan mata,renunglah cahaya bulan,walaupun suram,ia lebih indah & bermakna"































REBUTLAH......


Surah Al-Kausar






Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan diMakkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuatdaripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripadasusu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammads.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orangyang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya AbuTalib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allahs.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allahs.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalahtetapi dizalimi.





Our Friendship 2



Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?



Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut" :


*Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungikamu;
*Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
*Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
*Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
*Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
*Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
*Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
*Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
*Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
*Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
*Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
*Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
*Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
*Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


"Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita".



Our Friendship



SAHABAT SEJATI

Usahlah benarkan pertikaian sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.

Teman boleh mendengarkan apa yang kita katakan tapi Sahabat sejati bisa mendengarkan apa yang tidak kita katakan. Sahabat dapat mendengarkan kata hati yang tidak keluar dari mulut kita.... itulah dia sahabat..... SAHABAT ADALAH TANGAN TUHAN UNTUK MENJAGA KITA

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

Persahabatan itu seperti tangan dan mata saat tangan t’luka, mata menangis, saat mata menangis tangan akan menghapusnya... dan p’sahabatan yang sentiasa abadi adlah p’sahabatan yg dibingkai dgn indahnya ukuwah islam..

Sahabat keindahan dunia dapat dilihat dengan mata,
indahnya hati tak semua orang dapat merasa
indahnya cinta tak semanis namanya
tapi indahnya persahabatan tak ternilai harganya.











Ku Pohon PadaMU




Tandusnya Imanku Setandus Bumimu.....



KU SIMPUHKAN DUDUK , MATA MULA MENYAPA DAN HATI BERKATA...

" YA ALLAH , YA TUHANKU, TERLALU BANYAK RASANYA YG HENDAK AKU POHON DAN TERLALU BANYAK HENDAK AKU SEBUT,

"SEDANG KAN YG ENGKAU TELAH ENGKAU BERI TANPAKU PINTA SUDAH TERLALU BANYAK,

" TAPI , AKU HAMBA...YG AMAT LEMAH ,KERDIL LG DHAIF TIADA DAYA DAN KEKUATAN....MELAINKAN DGN PERTOLONGAN MU....

" KERANA ITU IZINKAN AKU UNTUK MEMINTA LAGI.....

" YA ALLAH , REZEKIKANLAH PADAKU HATI SEORG HAMBA YANG REDHA DGN KETENTUANMU.....

" YG SABAR MGHADAPI UJIANMU...., YG TAHU MENSYUKURI NIKMATMU... YANG MERASA HINA DIRI DIHADAPAN MU...., YANG MENCINTAI SYURGAMU... YANG INGIN MILIKI IMAN YG SEBENAR...

SEHINGGA TIDAK AKU MERASA CUKUP KECUALI DGNMU..... CAIRLAH SEGALA MAZMUMAH... YG MERAJAI HATIKU..."

DAN BUMI YANG TANDUS INI BERBISIK..KPDKU... "KONTANGNYA AMALANMU..SEPERTI AKU... BUMI YG KONTANG. "IMANMU TANDUS SEPERTI TANAHKU... " KERINGNYA KEBAJIKAN YG KAU BUAT"..... HINGGAKAN SEDIKIT POHON POHON PAHALA YANG TUMBUH.......PADA DIRIMU....


" AKU...MENAHAN SEBAK LALU MERINTIH....YA ALLAH ...

TERLALU SEDIKIT AMALANKU... HINGGAKAN TIADA SIAPA YG NAMPAK.... SEDIKITNYA BEKALAN KU... UNTUK KEHIDUPAN YANG PANJANG DAN YANG TERLALU PANJANG.....



RENUNGAN BERSAMA




Kawan di akhir zaman....




Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.
Yang benar-benar sibuk Dengan urusan baiki diri nya.
Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia.
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu manfaat,
Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan memahami ilmu manfaat.
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang menjela.
Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui.
Ahli professional yang bertaqwaYang benar-benar meletakkan Islam di jiwa.
Mengunakan professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana.
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka.
Yang hidupnya lebih berat dari berat
Ibadah dan amal terasa amat berat.

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan.
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar.
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada.
Bersahabat untuk mendapat laba.

Kawan di akhir zaman ini
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri.
Yang menghidupkan ilmu yang ada.
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka.
Yang ada hanyalah yang suka berbincang dosa-dosa orang lain.
Yang menghidupkan sunnah barat.
Yang melupakan kehidupan akhirat.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan.
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan.
Yang ada hanya yang menjadikan komplek tempat membuang umur.
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui.
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan.
Menjadikan nasyid nyanyian harian.
Menjadikan selawat ucapan kelaziman.
Yang ada hanya artis di jadikan bahan pujaan.
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan.
Dianggap moden dan berketrampilan.

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir.
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail.
Menangis cemas mengenangkan saat kematian.
Merintih sayu mengenangkan persediaan.
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan.
Mengumpul dunia kerja seharian.
Seolah kematian itu sangat jauh.
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh....


Sabda rasul;"Bersahabatlah dengan orang yang baik akhlaknya
kerana kamu akan dikenali melaluinya.."









SPECIAL FOR U 2



KaWaN BaiK

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya
untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya
untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa
sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya
untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan
dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik,
kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan
dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat
di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik
kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai
kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik
kepada kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik
kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik,
kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...
kepada kawan baik kita.



FOLLOWERS